Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Informasi dan buletin semasa

| Saturday, September 25, 2010 |

Apa-apa informasi dan buletin dapat anda baca disini..kalau ada berita baik atau tak baik bolehlah kongsi bersama saya disini.


Sekolah

| |

Wahai bekas-bekas pelajar sekolah Raub..Marilah kita berkongsi cerita pasal sekolah masing-masing. Mesti banyak kenangan suka duka masa kita bersekolah dulu kan? Kalau ada pendapat bolehlah juga dihulurkan demi memajukan lagi blog ini.


Sila klik pada nama sekolah untuk berkongsi cerita

1Sek Men Tg. Kudin09-3551185
09-3552538
2Sek. Men Dato’ Shahbandar Hussein09-3551477
 3Sek. Men Methodist09-3551032
 4Sek. Men Chung Ching09-3551124
 5Sek. Men Mahmud09-3551046
 6Sek. Men Dong09-3658225
 7Sek. Men Agama Dong09-3658207
 8Sek. Men Sri Raub09-3501110
 9Sek. Men Sains Tengku Abdullah09-3551600
10Sek. Men Kebangsaan Sg Ruan09-3686227
11Sek. Men Agama Al-Falah Bt. Talam09-3697677
12Sek. Kebangsaan Raub09-3551585
13Sek. Rendah Mahmud09-3501307
14Sek. Rendah Methodist09-3551032
15Sek. Kebangsaan Kundang Patah09-3697959
16Sek. Kebangsaan Ulu Gali09-3686386
17Sek. Kebangsaan Gali09-3658959
18Srjk (C) Sungai Lui09-3551129
19Sek. Tamil Cheroh09-3698155
20Srjk (C) Cheroh09-3697205
21Sek. Tamil Raub09-3551994
22Srjk (C) Sempalit09-3551886
23Sek. Kebangsaan Tersang Satu09-3403860
24Sek. Kebangsaan Muhd Jabar Dong09-3658286
25Srjk (C) Yuh Hwa Bukit Koman09-3554355
26Sek Kebangsaan Sungai Koyan09-3401318
27Sek. Kebangsaan Batu Talam09-3697511
28Smart Kid09-3555878

Kepada semua warga Raub..kalau ada nama-nama sekolah yang aku tak masukkan lagi..tolong inform ya? maklumlah..aku nie tak ingat juga berapa sekolah yang ada kat Raub nie..kalau nak tgok gambar dan kongsi cerita pasal sekolah-sekolah nie..klik sahaja pada nama-nama sekolah diatas..kalau ada gambar dan cerita menarik yang nak dikongsi..kasilah tau aku..bleh hantar komen dengan alamat web gambar dan cerita tersebut. Terima kasih.


Kongsi cerita anda tentang Raub

| Friday, September 24, 2010 |

Apakah cerita dan kenangan anda tentang Raub?



 
                                Arah ker Raub                                             Arah dari Bentong

 
                         Terminal lama bas Raub                                   Masjid lama Raub

 
                                 Dari atas bukit                                             Kawasan bandar

Terminal bas lama


Senarai nama penghulu

| |





SENARAI NAMA PENGHULU MUKIM BAGI DAERAH RAUB TAHUN 2010
BIL NAMA PENGHULU / ALAMAT 
 
1.MOHD MOKHTAR BINM HAJI ABDUL RAHMAN
PEJABAT PENGHULU MUKIM TRAS
27600 RAUB
TEL : 013-9149621
2.KHAIRUL KHALID BIN HAJI ABDULLAH
PEJABAT PENGHULU MUKIM SEGA 2
27600 RAUB
TEL : 012-9515406
3.MOHD FATHILLAH BIN MOHD YUSOF
PEJABAT PENGHULU MUKIM SEGA 1
27600 RAUB
TEL :
4.NOOR JAMAAN BIN ABD RAHMAN
PEJABAT PENGHULU MUKIM BATU TALAM
27600 RAUB
TEL :
5.MOHD MALIAN BIN ISMAIL
PEJABAT PENGHULU MUKIM SEMANTAN ULU
27600 RAUB
TEL : 0199220024
6.TUAN SYED SALLEH BIN SYED OMAR
PEJABAT PENGHULU MUKIM GALI 2
27600 RAUB
TEL : 0199553459
7.MOHD NOR BIN BAHAROM
PEJABAT PENGHULU MUKIM DONG
27600 RAUB
TEL : 0129032284
8.UMOR BIN MAT
PEJABAT PENGHULU MUKIM ULU DONG
27600 RAUB
TEL:


Moh Rekreasi

| |

Marilah pakat-pakat berkelah kat Raub ni

Lata Jarum

Jeram Besu

Lata Lembik

Bukit Fraser


Pulau Chekas 


Lata Berembun

Lata Dinding

Gua Keling

Taman Bandaran











































                                                                                                                                       













Wahai anak Raub, marilah kita mengimbas kembali cerita dulu-dulu yang best kat raub nie.

| |

Apakah cerita dan kenangan anda tentang Raub?



 
                                Arah ker Raub                                             Arah dari Bentong

 
                         Terminal lama bas Raub                                   Masjid lama Raub

 
                                 Dari atas bukit                                             Kawasan bandar

Terminal bas lama


Pengangkutan Awam

| |

Pengangkutan awam yang terdapat di Daerah Raub seperti bas dan teksi disediakan untuk kemudahan penduduk-penduduk sekitarnya.

Perhentian Teksi


Perhentian Teksi Perhentian Teksi

Perhentian Bas


Perkhidmatan Bas di Daerah Raub
  • Pergi/balik ke Bentong: Central Pahang Omnibus (warna bas)
  • Pergi/balik ke Jerantut: Pahang Lin Siong (antara Raub dan Benta). Kemudian daripada Benta, naik bas lain ke Jerantut
  • Pergi/ balik ke Kuala Lipis: Pahang Lin Siong atau daripada Benta menaiki bas ke Kuala Lipis
  • Pergi/balik ke Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur: Union Express, Transnasional, Mara Liner

Perhentian Bas Perhentian Bas





Sekarang nie bandar baru Raub dah buka..Jadi diorangpun dah buat Terminal bas baru kat sana..tapi terminal bas baru tu untuk bas ekspress je..nak gi KL, Kelantan, Kuantan. Bas harian masih lagi kat terminal bas lama. Kalau ada gambar kawan aku bagi..nanti aku masukkanlah kat dalam nie.


Panduan ke Raub

| |

Peta Pahang
Peta Pahang

Laluan ke Raub

Raub terletak di sepanjang 'Federal Route 8' yang melalui daripada Bentong, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan. Bagi pengguna jalan raya daripada Kuala Lumpur, cara terbaik untuk sampai ke Raub adalah malalui 'Kuala Lumpur-Karak Expressway (Route 8) ke Bentong, Pahang dan kemudian ke Route 8 di persimpangan Lebuhraya Bentong Timur. Route 8 juga membenarkan pengguna-pengguna jalan raya ke Raub daripada Kota Bharu, Kelantan.
Manakala, pengguna jalan raya daripada Kuantan ke Raub melalui Lebuhraya Pantai Timur (Route 8) ke persimpangan Lanchang dan terus melalui jalan Lanchang-Raub. Laluan alternatif daripada jalan raya Pantai Barat (Route 1) ke Raub adalah melalui jalan berliku (Route 55) daripada Kuala Kubu Bharu masuk ke persimpangan Bukit Fraser (Sekarang tidak digalakkan kerana faktor-faktor keselamatan pengguna jalan raya).


Sejarah nama-nama jalan di Raub

| |


Perubahan Nama Jalan


Nama Lama Nama Baru
Tras Road Jalan Tras
Bibby Road
Jalan Tun Razak
Mason Road
Jalan Dato’ Abdullah
Lipis Road
Jalan Lipis
Cheroh Road Jalan Cheroh
Bukit Koman Road Jalan Tengku Abdul Samad
Temple Road Jalan Aman
Hill Road Jalan Bukit
Wayang Street
Jalan Hussein
Happy Valey Road Jalan Pasar
Jalan Pasar Lama Jalan Tengku Kudin
Circular Road Jalan Pekeliling
Reservoir Road Jalan Kolam Air
Distillery Road Jalan Tan Tiong
Tanjung Gadung Road Jalan Dato’ Setia Lela
Old Cheroh Road Jalan Cheroh Lama
Padang Road Jalan Padang
Bibby Lane Lorong Tun Razak
Office Road Lorong Damai

Sejarah Nama Jalan-Jalan Di Bandar Raub
  

Jalan Datuk Abdullah, Bandar Raub

Nama penuh beliau ialah Abdullah b. Ibrahim. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah Raub pada bulan September 1950 hingga April 1953.

Jalan Dato’ Setia Lela, Kawasan Bukit Koman, Raub

Nama penuh beliau ialah Tengku Haji Abdul Samad b. Tengku Muda. Dilahirkan pada tahun 1840 dan mangkat tahun 1916. Beliau pernah menjadi 'Pawang' semasa hayatnya. Dilantik menjadi Penghulu Mukim Gali pertama dari tahun 1900 hingga 1906.

Jalan Dato' Setia Lela, Bandar Raub

Mengambil sempena satu gelaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jalan Husein, Bandar Raub

Nama penuh beliau ialah Hussien b.Tok Muda Hassan. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1916 di Kampung Dong, Raub. Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Jalan Tan Tiong, Bandar Raub

Beliau dilahirkan di Negeri China dalam tahun 1880. Berpindah ke Raub pada tahun 1886. Meninggal dunia pada 8 Mac 1948. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi 'Sanitary Board Raub' pada tahun 1900 dan meletakkan jawatan pada 19 Januari 1937. Beliau adalah Kapten Cina yang mula-mula dikurniakan Pingat Jasa Pendamai (JP) di Raub.

Jalan Tengku Kudin, Bandar Raub

Beliau telah dilahirkan di Kg. Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub dalam tahun 1871 dan mangkat dalam tahun 1943. Nama penuh beliau ialah Tengku Kudin b. Tengku Haji Samad. Beliau adalah Penghulu Mukim Gali kedua dalam tahun 1906. Beliau bersara dari jawatannya dalam tahun 1928. Pada tahun 1929 beliau telah dikurniakan gelaran Dato' Setia Lela Pahang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.


Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers