Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Lata Jarum

| Thursday, September 30, 2010 |

Jom kongsi cerita pasal Lata Jarum 

 


Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.
Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari air terjun Lata Jarum.

 


Tidak diketahui bagaimana Lata Jarum mendapat namanya, tetapi mungkin daripada kesejukan airnya yang sejuk sehingga mencucuk ke tulang. Sesuai dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di sini berbatu-batan dan aliran airnya agak deras.
Namun begitu terdapat juga kawasan yang airnya agak tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai dan bermain air. Di sini, disediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2 pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh. Bermalam di chalet buluh mampu memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh menguruskan, jika ingin mengadakan aktiviti 'jungle trekking'.  

Jemput datang..jangan tak datang.

Artikel diambil dari site Majlis Daerah Raub


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers