Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Sekolah Kebangsaan Bandar Raub

| Thursday, November 25, 2010 |

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bandar Raub


Sekolah Kebangsaan Bandar Raub telah dibuka pada tahun 1902 dan pada masa itu ia dikenali dengan nama Sekolah Melayu Raub. Sekolah ini dibuka bagi menampung pelajar Melayu yang datang dari Bandar Raub, Kampung Melayu Sempalit dan anak-anak pegawai berbangsa Melayu yang bertugas di Bandar Raub. 
      Guru Besar pertama yang mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini ialah Tuan Haji Abdul Jamil. Beliau berkhidmat selama lima tahun dari tahun 1902 hingga tahun 1906. Dari mula sekolah ini dibuka, ia telah menjalankan aktivitinya mengikut perancangan pihak pentadbiran dan pengurusannya dengan lancar dan berkesan sehinggalah pada tahun 1945 di mana kehadiran Tentera Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan sekolah ini ditutup buat sementara waktu.

      Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1946 di mana Tuan Haji Mohd Tahar b Ayat, PJK telah dilantik sebagai Guru Besar dan beliau telah menabur bakti selama sembilan tahun         ( 1946 - 1954 ). Pada tahun 1954, Sekolah Melayu Raub telah mendapat bangunan tambahan apabila Sekolah Inggeris Mahmud berpindah ke Jalan Tras. Pada tahun 1957 nama Sekolah Kebangsaan Melayu Raub telah ditukarkan kepada Sekolah Umum Raub, kemudian pada tahun 1959 nama Sekolah Umum Raub telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Raub. Akhirnya pada tahun 1994 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Raub dan kekal  sehingga kini. Sepanjang usia sekolah ini, seramai 24 orang Guru Besar telah menabur khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai harganya.un

      Pada tahun 1994, Encik Osman b Haji Ibrahim telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini. Di bawah pengurusan beliau, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dan hasrat warga sekolah yang ingin menjadikan sekolah sebagai satu sesi maka bangunan empat tingkat telah dibina pada tahun 2002. Bangunan baru ini menyediakan sebanyak 20 buah bilik darjah dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Dato' Seri Hishamuddin b Tun Hussein sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke 100 tahun penubuhan Sekolah Kebangsaan Bandar Raub pada 15 April 2005.

      Pada bulan April 2008, Puan Norhasimah bt Mohamed telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bandar Raub sebagai menggantikan tempat Encik Osman b Ibrahim yang telah bertukar ke SK. Gali. Di bawah pengurusan beliau, prestasi sekolah semakin meningkat dan pencapaian UPSR semakin cemerlang.

    




 


1 comments:

AzianKhalil said...

sekolah keh ni..1988-1993..pengetua masa tu arwah cikgu bakhtiar kalo tak silap..sempat juga dgn arwahnya cikgu ym tg. paris...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers