Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Jeram Besu

| Thursday, September 30, 2010 |

Jom kongsi cerita pasal Jeram Besu

Jeram Besu juga merupakan kawasan destinasi yang menarik di Daerah Raub. Ini kerana ia terletak di Sungai Lipis dan berada 6km sebelum Bandar Benta, 30km dari Bandar Raub dan juga merupakan tempat rekreasi yang di kenali di dalam dan luar negara kerana ia tempat yang mencabar dan sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak seperti berkhemah, berakit, berkenu, kayak, merentas hutan dan sebagainya. 


Selain itu terdapat juga kemudahan yang di sediakan di sini seperti rumah istirehat, kenu, kayak dan sebagainya. ini kerana kedudukan Jeram Besu adalah ditengah - tengah kawasan yang juga berdekatan dengan kemudahan dan kedai - kedai makan.

 
Mohlah datang sini wehhh...Kita cuba acara lasak nie...

Artikel diambil dari site Majlis Daerah Raub..gambar dari pelbagai sumber


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers