Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Majlis jamuan Hari Raya 2010 Kampung Ulu Gali

| Friday, October 8, 2010 |

Jamuan Raya 2010

Assalammualaikum..kalau sebelum ni posting aku banyak luar dari topik, ni aku kembali balik kepada topik asal pasal Raub..kiranya dah kembali ke pangkal jalan lah nie..hahaha.. baru-baru ni satu majlis jamuan Hari Raya telah diadakan di dewan serbaguna Kampung Ulu Gali pada 6 September 2010, ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut..dan pastinya wakil rakyat kawasan Dong, Ulu Gali, Sungai Ruan, Lembah Klau dan banyak tempat lagi..tapi tak ingat.. Namanya Dato Shahiruddin bin Abd Moin.. turut hadir pada majlis tersebut. Sebenarnya aku nak cerita banyak pasal majlis ni pun x boleh..pasal aku takde masa majlis tu dijalankan...aku takde pon tak apa, pasal aku bukan orang penting pun dalam kampung..haha..ok lah ni aku ada masukkan serba sedikit gambar masa majlis tu diadakan.

 


 




Apapun jamuan Hari Raya ni memang nampak meriah... apa yang masih menjadi kebangaan kampung aku ni adalah semagat bergotong-royong, jika adanya sesuati majlis, tak kiralah jamuan raya ke, kenduri kahwin ke, buat korban ke, masih lagi mengamalkan gotong-royong..tapi agak menyedihkan sedikit, orang-orang muda ni tak ramai yang nak datang menolong..orang muda otai-otai ada lah..nie yang umurnya 25 thn kebawah nie agak susah sikit nak membantu.. Lain kali kalau ada majlis-majlis besar macam ni..harap-harap anak-anak remaja nie datang-datanglah menyumbangkan tenaga. ok lah..cerita berakhir disini.

Sumber gambar di ambil dari facebook Abang Nazri, merangkap Ketua Pemuda UMNO Kampung Ulu Gali.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers