Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Teh panas teh sejuk

| Saturday, October 2, 2010 |


Seorang pengusaha restoran sedang sibuk melayan pelanggan2 yang sedang minum di restorannya..kemudian datanglah seorang pakcik duduk di satu meja untuk minum..lalu pengusaha restoran ini pun bertanyalah kepada pakcik tersebut.

Pengusaha : Pakcik nak minum apa?

Pakcik : kasi teh lah...kalau panas berapa? kalau sejuk berapa?

Pengusaha : ooo...panas RM1.00...sejuk RM1.20.

Pakcik : Kalau begitu kasi yang panaslah.

tak lama kemudian air yang dipesan pakcik tersebut pun dihantar..
jadi dengan pantas pakcik tersebut meneguk air yang sedang panas itu sehingga habis.

Pengusaha restoran berasa hairan, lalu beliaupun bertanya kepada pakcik tersebut.

Pengusaha : Pakcik..tak panas ke teh tu..pakcik minum sekaligus?

Pakcik : Panas memanglah panas..tapi nak buat macam mana..pakcik cuma ada seringgit jer...kalau lambat minum teh ni sejuk pulak..tak pasal2 kena bayar RM1.20.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers