Hari ini saya hendak bercerita mengenai makanan yang cukup terkenal di Raub...makanan ini cukup terkenal terutamanya di kampung-kampung. Makanan ini diberi nama Sambal hitam belimbing berebus.Aku memang cukup menggemari makanan ini, makanan ini memang enak dimakan dengan nasi panas-panas.. tak perlu lauk lain pun tak apa.
Untuk menyediakan resipi ini..anda perlulah menghasilkan bahan utama untuk resipi ini iaitu belimbing berebus. Untuk menghasilkan belimbing berebus, anda memerlukan beberapa bahan..
1. Belimbing yang segar dari pokok. 2. Garam kasar.
Mula-mula masukkan belimbing kedalam periuk, bubuh garam dan kemudian rebus belimbing tersebut sehingga bertukar menjadi warna hitam seperti di bawah.
P/s : Air rebusan belimbing yang tertinggal jangan dibuang..kerana airnya boleh buat air asam dan boleh dicecah dengan ikan bakar.
Baiklah..sekarang mari kita terus ke resipi utama kita iaitu sambal belimbing berebus. Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sambal ini.
1. Ikan Bilis 2. Bawang besar
3. Cili merah. 4. Garam.
5. Air 6. Belimbing berebus
Cara-cara memasaknya..
1. Tumbuk bawang, ikan bilis, belimbing berebus, cili dan garam. tumbuk kesemuanya separuh lumat.
2. Panaskan kuali dan bubuh minyak masak secukup rasa.
3.Tumiskan kesemua bahan tadi sehingga garing.
4. Setelah garing..angkat dan ianya sedia dihidang.
P/s : adakalanya sambal hitam ini dicampur dengan terung manggor dan petai..mengikut selera mereka yang membuatnya.
Selamat mencuba, selamat menjamu selera.
0 comments:
Post a Comment