Taman atas bukit... Kalau anda duduk Raub, tak tau Taman Atas Bukit kat mana, memang tak lama lah tu.. 2 Jumaat lagilah gamaknya padamlah..haha.. ni saya nak cerita pasal Taman Atas Bukit, Taman atas bukit ni terletaknya berhadapan dengan Rumah Rehat Raub..yang juga terletak di atas bukit yang sama. Taman ni dah wujud sekian lama..zaman kecik-kecik lagi dah ada taman ni..dulu kalau pergi Raub satu keluarga..taman atas ni lah tempat lepak-lepak...tapi sekarang taman ni dah banyak perubahan, tak macam dulu lagi...banyak yang dah bersimen..dulu pokok jer banyak. Baru-baru ni balik kampung..sempatlah jugak saya lepak nagan member kat taman ni.. kalau nak tahu macam mana rupanya taman ni..ni saya ada ambil gambarnya hari tu.
Nak duduk pun boleh..dapat baring pun lagi syok
tempat duduk yang luas untuk warga Raub lepak-lepak
pokok besar ni dah wujud dari aku kecik lagi..mungkin dah berumur ratusan tahun.
Bandar Raub pandangan dari atas bukit
Rumah Rehat Raub..kalau sultan-sultan atau menteri-menteri datang Raub, kat sinilah diorang menginap.
Jadi..apa macam? syok tak taman ni..kalau nak raa syok lagi..jemputlah lepak-lepak kat taman ni.
1 comments:
zaman awal remaja dulu selalu lepak atas bukit bawah pokok jati tu...duduk2 atas akar/banir pokok tu..sbb dulu takde byk bangku mcm skang
Post a Comment