Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Lepak-lepak atas bukit

| Monday, December 27, 2010 |

Taman atas bukit... Kalau anda duduk Raub, tak tau Taman Atas Bukit kat mana, memang tak lama lah tu.. 2 Jumaat lagilah gamaknya padamlah..haha.. ni saya nak cerita pasal Taman Atas Bukit, Taman atas bukit ni terletaknya berhadapan dengan Rumah Rehat Raub..yang juga terletak di atas bukit yang sama. Taman ni dah wujud sekian lama..zaman kecik-kecik lagi dah ada taman ni..dulu kalau pergi Raub satu keluarga..taman atas ni lah tempat lepak-lepak...tapi sekarang taman ni dah banyak perubahan, tak macam dulu lagi...banyak yang dah bersimen..dulu pokok jer banyak. Baru-baru ni balik kampung..sempatlah jugak saya lepak nagan member kat taman ni.. kalau nak tahu macam mana rupanya taman ni..ni saya ada ambil gambarnya hari tu.

 Nak duduk pun boleh..dapat baring pun lagi syok

 tempat duduk yang luas untuk warga Raub lepak-lepak

 pokok besar ni dah wujud dari aku kecik lagi..mungkin dah berumur ratusan tahun.

 Bandar Raub pandangan dari atas bukit

 Rumah Rehat Raub..kalau sultan-sultan atau menteri-menteri datang Raub, kat sinilah diorang menginap.

Jadi..apa macam? syok tak taman ni..kalau nak raa syok lagi..jemputlah lepak-lepak kat taman ni.


Tempat-tempat Rekreasi Bukit Koman

| Sunday, December 12, 2010 |

Kalau nak berekreasi moh kita jalan-jalan dekat Bukit Koman, terletak anggaran 500 meter je dari Raub. Apa yang ada dekat Bukit Koman? dekat bukit koman banyak taman-taman dan infrastruktur riadah disediakan seperti taman permainan dan gelanggang-gelanggang sukan disediakan. antara taman-taman dan gelanggang-gelanggang sukan yang terdapat di bukit koman ini adalah,

 Taman Tasik Raub dan Taman Bandar Raub

Gelanggang Futsal dan Takraw

 Gelanggang Futsal dan Tenis

Di Bukit Koman ini juga terdapatnya padang golf bersebelahan dengan Taman Bandar Raub. Harap maaf gambar tiada.

Jadi kalau pergi Bukit Koman ni banyak tempat anda boleh lepak-lepak dan berekreasi.


Taman Bandar Raub

| |

Taman Bandar Raub adalah sebuah taman rekreasi yang bertempat di Bukit Koman dan jaraknya dari pusat bandar adalah dianggarkan dalam 500 meter sahaja. Taman Bandar Raub ini adalah berhadapan dengan Hospital Raub dan juga Banggunan Gunasama Raub, Bersebelahan dengan Padang Golf Daerah Raub.
Antara infrastruktur yang disediakan di Taman Bandar Raub ini adalah seperti infrastruktur permainan kanak-kanak multiplayer semua dalam satu seperti gelungsur, tempat memanjat, jongkang jongket, haiwan spring dan lain-lain. Terdapat juga infrastruktur untuk senaman dan track untuk berjoging.
Selalunya aktiviti yang biasa dilakukan oleh warga Raub di sini adalah berjoging dan berekriasi bersama anak-anak. Jadi kalau datang Raub, jangan lupa singgah taman ni... kerana suasana disini adalah tenang untuk kita beriadah.


Pasar Tani seluruh Pahang Termasuk Raub

| Saturday, December 11, 2010 |

Jadual Pasar Tani seluruh pahang termasuk Raub


 


1. PTM Kuantan
16.02.86
Ahad
7.00pg­1.00ptg
Stadium Darul Makmur Jalan Hj. Abdul Aziz
2. PTM Pekan
15.04.87
Rabu
7.00pg­1.00ptg
Bersebelahan Pusat Sumber Pendidikan, Pekan
3.Maran
06.10.87
Selasa
7.00pg­12.00tgh
Bandar Baru Maran
4.Jerantut
12.11.88
Setiap Hari
7.30pg­1.00ptg
Bersebelahan Pejabat FAMA Jerantut
5.Benta
24.02.91
Ahad
7.00pg­2.00ptg
Bersebelahan Stesyen Bas Benta
6.Muadzam Shah
03.07.91
Rabu
7.00pg­3.00ptg
Bandar Muadzam Shah
7.Sungai Isap 2
07.10.91
Rabu
2.00ptg­7.00mlm
Tapak Pasar Malam
8.PTM Bentong
12.10.92
Isnin
7.00pg­2.00ptg
Tapak Letak Kereta Pasar Besar Bentong
9.PTM Balok
25.09.93
Sabtu
2.00ptg­7.00mlm
Depan Pasar Besar Balok
10.Indera Mahkota
02.11.93
Selasa
2.00ptg­7.00mlm
Kaw. Perumahan Bandar Indera Mahkota
11.PTM Bandar Jengka
Apr­95
Selasa
1.00tgh­7.00mlm
Nadi Kota Bandar Pusat Jengka, Daerah Maran
12.PTM Bandar Jengka
Apr­95
Khamis
1.00tgh­7.00mlm
Nadi Kota Bandar Pusat Jengka, Daerah Maran
13.Benus, Bentong
04.07.97
Jumaat
2.00ptg­8.00mlm
Taman LKNP Muhibbah
14.Kuala Lipis
24.02.99
Rabu
7.00pg­2.00ptg
Perkarangan Pasar, Bandar Lipis
15.Beserah
27.05.99
Khamis
2.00ptg­7.00mlm
Jalan Simpang Kemaman
16.PTM Lurah Semantan
13.02.96
Khamis
3.00ptg­9.00mlm
Kawasan Perumahan Lurah Semantan, Temerloh
17.Kg. Baru Medan Selera
1.4.2000
Khamis
3.00ptg­8.00mlm
Medan selera Kg. Baru, Bentong
18.PTM Peramu Jaya3
29.11.90
Isnin
3.00ptg­9.00mlm
Tapak Pasar Malam Pekan Pahang
19.Tanjung Gemok
12.6.06
Isnin
3.00ptg­10.00mlm Tanjung Gemok
20.PTM Rompin
4.4.06
Selasa
3.00ptg­10.00mlm Bandar Rompin
21.PT Pelancongan C.Highland
30.12.07
Ahad
7.00pg­2.00ptg
Tapak Pasar Malam Ibu Pej. Polis Brinchang
22.Taman Mahkota Aman
16.10.07
Sabtu
3.00ptg­9.00mlm
Tapak Pasar Malam Mahkota Aman
23.Bandar Raub selasa)
02.10.01
Selasa
3.00ptg­7.30mlm
Raub Perdana
24.Bandar Raub (jumaat)
02.10.01
Jumaat
3.00ptg­7.30mlm
Raub Perdana
25.PTM Felda Cini
1.3.08
Sabtu
7.00pg­1.00ptg
Bandar Baru Felda Cini 2
26.Kg Tekek, Pulau Tioman
15.5.08
Sabtu/Ahad
9.00pg­7.00mlm
berhampiran airport Kg. Tekek, Pulau Tioman
27.PTM Seberang Temerloh
27.6.08
Jumaat
3.00ptg­10.00mlm Depan Hospital Besar Temerloh
28.Bandar Baru Triang,Bera
1.8.08
Jumaat
5.00ptg­9.00mlm
Hadapan Pasaraya Big10, Kerayong Triang
29.Sg. Karang, Kuantan
25.11.08
Selasa
3.00ptg­19.00mlm Berhampiran Masjid Sg. Karan
Jemput datang Pekan Sari kampung Saya.. Kampung Ulu Gali setiap pagi Sabtu. Jumpa disana ya...


Simple T-shirt Design For Blooger Raub

| |


Saja je aku buat Design ni..kalau nampak cool aku nak buat T-shirt..


Tinggalkan Links Anda

| Friday, December 10, 2010 |


Assalammualaikum semua...terima kasih kerna menyunjungi blog saya ini... sebagai kenangan dari anda..silalah tinggalkan links anda disini bagi memudahkan saya ataupun pengunjung-pengunjung lain untuk memasuki blog anda. Terima kasih jika anda menyokong blog saya..dan saya juga semestinya menyokong blog anda juga,



Klik-klik Raub

| Friday, November 26, 2010 |

 Round-round satu Raub

Assalammualaikum...Baru-baru ni balik Raub..cuti Raya Haji dapatlah 3 hari 1/2, Kampung aku Kampung Ulu Gali buat korban 11 ekor lembu..aku adalah juga tolong-tolong sikit..yang banyaknya tolong tengok haha.. Jadi alang-alang dah balik kampung nie..aku pergi lah jumpa member kamcing kat Raub, sapa lagi kalau bukan Hapiz... Jadi kitorang pun jalan-jalan lah round satu Raub, jalan-jalan sambil ambil gambar. Jadi satu petang jugaklah kitorang jalan ambil gambar ni.. jadi ni aku nak kongsi gambar-gambar yang aku ambil hari tu...
                           Selamat datang ke Raub                                     Gambar Aku

                                   Gambar Hafiz                                 Lembaga Hasil Dalam Negeri

                            UITM cawangan Raub                                   Sekolah Aku dulu

                                       Bergambar di papan tanda peta dan sejarah Raub

                                      IPD Baru                                                    IPD Lama

                        Mahkamah Raub atas bukit                         Stesen Teksi Berwajah baru

                          Lepak kat stesen bas lama                                 Lepak atas bukit

                      Gambar Taman rehat atas bukit             Mendekatkan diri dengan masjid baru

Banyak lagi gambar yang aku ambil hari tu..nanti aku masukkan dalam klik-klik siri 2


TV1 online

| |

Jom menonton TV




Selamat menonton, semoga terhibur


TV2 online

| |

Jom tengok TV




Selamat menonton..semoga anda terhibur


TV3 Online

| |

Jom tengok TV

Aku saja je masukkan TV Online ni..sebab ada diantara pengunjung dalam blog ni nak Online sambil tengok TV. Jadi aku masukkanlah TV3 ni..nanti siaran-siaran TV lain akan aku masukkan kemudian. Semoga anda terhibur.



Kalau ada cadangan bolehlah berkongsi dengan saya.


Sekolah Kebangsaan Bandar Raub

| Thursday, November 25, 2010 |

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bandar Raub


Sekolah Kebangsaan Bandar Raub telah dibuka pada tahun 1902 dan pada masa itu ia dikenali dengan nama Sekolah Melayu Raub. Sekolah ini dibuka bagi menampung pelajar Melayu yang datang dari Bandar Raub, Kampung Melayu Sempalit dan anak-anak pegawai berbangsa Melayu yang bertugas di Bandar Raub. 
      Guru Besar pertama yang mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini ialah Tuan Haji Abdul Jamil. Beliau berkhidmat selama lima tahun dari tahun 1902 hingga tahun 1906. Dari mula sekolah ini dibuka, ia telah menjalankan aktivitinya mengikut perancangan pihak pentadbiran dan pengurusannya dengan lancar dan berkesan sehinggalah pada tahun 1945 di mana kehadiran Tentera Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan sekolah ini ditutup buat sementara waktu.

      Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1946 di mana Tuan Haji Mohd Tahar b Ayat, PJK telah dilantik sebagai Guru Besar dan beliau telah menabur bakti selama sembilan tahun         ( 1946 - 1954 ). Pada tahun 1954, Sekolah Melayu Raub telah mendapat bangunan tambahan apabila Sekolah Inggeris Mahmud berpindah ke Jalan Tras. Pada tahun 1957 nama Sekolah Kebangsaan Melayu Raub telah ditukarkan kepada Sekolah Umum Raub, kemudian pada tahun 1959 nama Sekolah Umum Raub telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Raub. Akhirnya pada tahun 1994 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Raub dan kekal  sehingga kini. Sepanjang usia sekolah ini, seramai 24 orang Guru Besar telah menabur khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai harganya.un

      Pada tahun 1994, Encik Osman b Haji Ibrahim telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini. Di bawah pengurusan beliau, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dan hasrat warga sekolah yang ingin menjadikan sekolah sebagai satu sesi maka bangunan empat tingkat telah dibina pada tahun 2002. Bangunan baru ini menyediakan sebanyak 20 buah bilik darjah dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Dato' Seri Hishamuddin b Tun Hussein sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke 100 tahun penubuhan Sekolah Kebangsaan Bandar Raub pada 15 April 2005.

      Pada bulan April 2008, Puan Norhasimah bt Mohamed telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bandar Raub sebagai menggantikan tempat Encik Osman b Ibrahim yang telah bertukar ke SK. Gali. Di bawah pengurusan beliau, prestasi sekolah semakin meningkat dan pencapaian UPSR semakin cemerlang.

    




 


Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers