Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Biar muntahnya cepat sikit

| Saturday, October 2, 2010 |


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


Robot pengesan bohong

| |


Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...


Pinjaman tanpa faedah

| |



Suatu hari seorang pakcik datang ke pejabat MARA untuk membuat pinjaman pernigaan, sesampainya dia disana, diapun pergi ke kaunter dan berbincang dengan pegawai yang bertugas.

Pegawai : Ya Pakcik boleh saya bantu?

Pakcik : ye..saya datang nie nak buat pinjaman..

Pegawai : ooo....boleh2..sememangnya Pakcik datang ke tempat yang betul...jadi berapa ribu Pakcik nak pinjam?

Pakcik : boleh tak encik tolong terangkan lebih lanjut berapa ribu saya boleh pinjam?

Pegawai : ooo..bagi pinjaman kali pertama, kami hanya memberi pinjaman serendah RM1000.. dan paling tinggi pun RM50,000.

Pakcik : Kalau begitu saya nak pinjam RM50,000 lah..

Pegawai : Baiklah kalau begitu..ingin saya terangkan pada Pakcik, betapa untungnya pakcik buat pinjaman dengan kami..sememangnya pinjaman kami memang takda faedah.

Pakcik : Kalau begitu tak jadilah saya nak buat pinjaman ni.

Pegawai : Eh kenapa pulak tak jadi..tadi mahu..?

Pakcik : Buat apa saya nak buat pinjaman ni kalau TAK ADA FAEDAH.


Teh panas teh sejuk

| |


Seorang pengusaha restoran sedang sibuk melayan pelanggan2 yang sedang minum di restorannya..kemudian datanglah seorang pakcik duduk di satu meja untuk minum..lalu pengusaha restoran ini pun bertanyalah kepada pakcik tersebut.

Pengusaha : Pakcik nak minum apa?

Pakcik : kasi teh lah...kalau panas berapa? kalau sejuk berapa?

Pengusaha : ooo...panas RM1.00...sejuk RM1.20.

Pakcik : Kalau begitu kasi yang panaslah.

tak lama kemudian air yang dipesan pakcik tersebut pun dihantar..
jadi dengan pantas pakcik tersebut meneguk air yang sedang panas itu sehingga habis.

Pengusaha restoran berasa hairan, lalu beliaupun bertanya kepada pakcik tersebut.

Pengusaha : Pakcik..tak panas ke teh tu..pakcik minum sekaligus?

Pakcik : Panas memanglah panas..tapi nak buat macam mana..pakcik cuma ada seringgit jer...kalau lambat minum teh ni sejuk pulak..tak pasal2 kena bayar RM1.20.


Lata Jarum

| Thursday, September 30, 2010 |

Jom kongsi cerita pasal Lata Jarum 

 


Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.
Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari air terjun Lata Jarum.

 


Tidak diketahui bagaimana Lata Jarum mendapat namanya, tetapi mungkin daripada kesejukan airnya yang sejuk sehingga mencucuk ke tulang. Sesuai dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di sini berbatu-batan dan aliran airnya agak deras.
Namun begitu terdapat juga kawasan yang airnya agak tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai dan bermain air. Di sini, disediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2 pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh. Bermalam di chalet buluh mampu memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh menguruskan, jika ingin mengadakan aktiviti 'jungle trekking'.  

Jemput datang..jangan tak datang.

Artikel diambil dari site Majlis Daerah Raub


Jeram Besu

| |

Jom kongsi cerita pasal Jeram Besu

Jeram Besu juga merupakan kawasan destinasi yang menarik di Daerah Raub. Ini kerana ia terletak di Sungai Lipis dan berada 6km sebelum Bandar Benta, 30km dari Bandar Raub dan juga merupakan tempat rekreasi yang di kenali di dalam dan luar negara kerana ia tempat yang mencabar dan sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak seperti berkhemah, berakit, berkenu, kayak, merentas hutan dan sebagainya. 


Selain itu terdapat juga kemudahan yang di sediakan di sini seperti rumah istirehat, kenu, kayak dan sebagainya. ini kerana kedudukan Jeram Besu adalah ditengah - tengah kawasan yang juga berdekatan dengan kemudahan dan kedai - kedai makan.

 
Mohlah datang sini wehhh...Kita cuba acara lasak nie...

Artikel diambil dari site Majlis Daerah Raub..gambar dari pelbagai sumber


Lata Lembik

| |

Jom kongsi cerita pasal Lata Lembik

 
 Pengenalan

Lata Lembik, Raub, Pahang, Malaysia terletak 52km dari Bandar Raub. Mempunyai daya tarikan tersendiri di kaki banjaran Titiwangsa sempadan Pahang Perak. Perjalanan melalui Kampung Tradisional dan Perkampungan Asli Pos Buntu. Kawasan ini juga dipenuhi oleh batu-batan dan airnya yang jernih serta sejuk

 
 Kemudahan Asas

Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti pondok rehat, surau, dewan serbaguna, tandas, chalet dan kemudahan lain untuk mandi-manda, berkhemah, trekking, padang kawat dan bersiar-siar. Kemudahan di sini sesuai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan oleh murid sekolah, pertubuhan sukarela, agensi kerajaan dan swasta, penuntut-penuntut dari pusat pengajian tinggi dan sebagainya.

 
Aktiviti

Berakit Sungai Lipis, 4x4, Seminar, Bengkel, Perkhemahan, Jungle Tracking Reflesia, Barbeque, Berenang, Berjalan kaki merentasi Banjaran Titiwangsa Pahang - Slim River, Perak, Sewang & malam kebudayaan bersama kaum Asli dan Menyumpit. Terdapat 2 trek disediakan disini. Trek yang pendek mengambil masa 2 jam, manakala trek yang panjang mengambil masa 3 jam dengan pemandangan hutan yang menarik. 

Moh lah wehhh...kita pakat ramai-ramai pergi Lata Lembik ni.. Berpalih seronoknya..Jumpa disana yaaaaa????

Artikel aku ambil kat site Majlis Daerah Raub...gambar daripada pelbagai sumber. 


Info pembeli Tokek di Malaysia

| |


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya adalah BROKER DIRECT kepada pembeli tokek asia. Senarai harga tokek dari pembeli:-

TOKEK BAWAH 300GRAM MINIMUM 5EKOR
1)200gram-249gram=RM1k
2)250gram-299gram=RM2k

TOKEK ATAS 300GRAM
1)300gram-399gram=RM60k-RM150k
2)400gram-499gram=RM200k-RM2JUTA
3)500gram-599gram=RM2.5JUTA-RM3.5JUTA
4)600gram ke atas sila call terus, Sms tidak akan dilayan! Pastikan tokek ada!

EXTRA TOKEK BATU
1)500gram minimum 3 ekor
2)1kg=RM5k

MMS SEGERA GAMBAR TOKEK ATAS TIMBANGAN DAN SURAT KHABAR TERKINI (TARIKH) UNTUK PENGESAHAN DAN BUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SEGERA UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN WANG PEMBAYARAN DENGAN KADAR SEGERA 24JAM.

BAGI NILAI BAWAH RM1JUTA PEMBELI BAYAR TUNAI. BAGI NILAI LEBIH RM1JUTA PEMBELI BAYAR DEPOSIT. TOKEK DAN DEPOSIT ANDA PEGANG 2HARI, DUIT BAKI MASUK AKAUN ANDA BARU PEMBELI AMBIL TOKEK.

UNTUK YANG DATANG SENDIRI KE KOTA KINABALU, HOTEL DAN SECURITY DISEDIAKAN SERTA TAMBANG BOLEH CLAIM BALIK BILA SAMPAI DI KOTA KINABALU. ADA CARA BAWA TOKEK DARI SEPANG, KL KE SABAH, JANGAN RISAU. PEMBELI AKAN URUSKAN. UNTUK TUJUAN KESELAMATAN, PENJUAL YG TELAH BERSETUJU DENGAN PEMBELI, TIDAK BOLEH MEMBAWA BROKER/BUYER LAIN KE DEAL KAMI ATAU URUSAN DIBATALKAN. SEMUA DIPANTAU OLEH PIHAK KAMI.

SEGALA PERTANYAAN SILA CALL 019-9332549/014-2960954 (SHAH)

Akupun tak tau betul ke tak dia nak beli tokek nie..cuba-cubalah..maklumat nie pun aku dapat dari sumber internet juga.

HAI MENGAPALAH AKU TERJEBAK DENGAN CERITA-CERITA TOKEK NI..NI ARTIKEL LAST AKU PASAL TOKEK...PASNI DAH TAK MAU MENGARANG PASAL TOKEK LAGI..HEHE


Mainboard tak boleh install windows

| Wednesday, September 29, 2010 |

Assalammualaikum semua..nie saya nak berkongsi dengan anda satu perkara berkenaan dengan mainboard.

Pernah tak terjadi sebegini dimana mainboard anda mempunyai masalah kapasitor menggelembung? dan permasalahan mainboard sebegini menyebabkan anda tak boleh nak masuk ataupun memasang sistem Windows. Bila perkara sebegini berlaku..biasanya anda akan menganggap bahawa mainboard anda tersebut sudah tidak boleh dipakai..dan kalau anda hantar ke kedai..itu apek akan berkata... "AIYYAKK..U PUNYA MAINBORD SULAK LOSAK LAH..LU KENA GANTI MAINBOAR..MAU KLUAR 2-3 LATUS BELI MAINBOARD BALU MAAA... ".

Bila terjadinya perkara sebegini..anda pun menjadi pening bagaimana hendak membaiki komputer anda tersebut... Jadi disini saya ingin berkongsi dengan anda bagai mana menyelesaikan perkara ini tanpa menggunakan sistem Windows, tanpa anda perlu membuang mainboard dan terpaksa membeli yang baru.

Ini rahsianya..sebenarnya mainboard anda itu bukanlah 100% rosak..tetapi ia telah menjadi sedikit gila, dan sistem windows memang tidak boleh dipasangkan atau dibuka melalui mainboard yang gila ini..jadi apa kata anda lupakan sahaja Windows..dan beralih pula kepada operating sistem yang lain iaitu UBUNTU. UBUNTU adalah satu operating sistem percuma keluaran LINUX. anda boleh mendapatkannya secara percuma laman web UBUNTU ataupun mana-mana laman web yang membolehkan anda memuat turunkan darinya..kerana UBUNTU ni adalah operating sistem open source..dimana anda boleh mengubah suai OS ini mengikut kesukaan anda.. " tapi kalau nak ubah suai.. anda kena belajarlah macam mana caranya. " UBUNTU ini adalah satu operating sistem yang tidak akan menyekat untuk ia memasuki sistem mainboard anda walaupun ia telah mengalami masalah kapasitor menggelembung...tidak seperti os Windows yang banyak sangat cengkadaknya....
Jadi marilah kita beralih kepada os UBUNTU jika mainboard anda tidak boleh memasuki Windows..Jangan dibuang mainboard tu..sayang.. Ubuntu nie ada macam-macam versi seperti UBUNTU 10,0, UBUNTU SUSE, UBUNTU SABILY ( ISLAMIC UBUNTU ), dan macam-macam lagi..boleh cari dalam internet.

Cara memasang UBUNTU tidak susah, lebih kurang macam anda memasang os windows juga..cuma UBUNTU tiada CD-Key...kerana ianya 100% percuma..tiada siapa yang hendak marah atau saman anda jika anda menggunakannya.

Sebelum itu..pastikan mainboard anda itu masih boleh hidup dan masih boleh memasuki sistem dos..kalau dos pun tak boleh masuk..tak dapek lah nak nolong ehhh...

Baiklah..sampai disini sahaja pembelajaran kita..selamat mencuba..jika ada apa-apa masalah..bolehlah hantarkan komen kepada saya. Jangan lupa Follow blog ini. Makasih.

Cadangan saya ada baiknya anda gunakan UBUNTU SABILY khas untuk Muslim. Untuk tempahan CD anda boleh hubungi saya di talian 013-3970252, harga RM10 harga sekali dengan wang untuk penghantaran. kalau rajin anda boleh download sendiri, tempoh download 5-6 jam..bergantung kepada kelajuan internet anda. Terima kasih.

Ekperimen PC KACA dengan OS UBUNTU >> 

Artikel by : Redzuan


apa bagusnya tokek ni?

| Tuesday, September 28, 2010 |

Harga Pasaran Tokek Julai 2010


Sebelum ini hanya tokek yang beratnya melebihi 300 gram menjadi pilihan pembeli, tetapi kini 200 gram dan ke atas juga turut berada dalam senarai wajib buruan. Berikut adalah senarai perbandingan harga mengikut kajian saya ke atas senarai yang diberikan oleh pembeli :-

Harga tokek pada May 2010 :
220gram =RM2,300.00
300gram =RM100,000.00
400gram =RM180,000.00
500gram =RM500,000.00
600gram =RM600,000.00
800gram =RM800,000.00
1000gram =RM1,200,000.00

Peningkatan harga yang amat tinggi pada Julai 2010

Harga tokek pada JULAI 2010 :
220gram =RM3,000.00-RM5,000.00
230gram =RM5,000.00-RM8,000.00
250gram =RM8,000.00-RM15,000.00
280gram =RM10,000.00 - RM30,000.00
300gram =RM150,000.00-RM200,000.00
350gram =RM200,000.00 ke atas
400gram =RM300,000.00 ke atas
500gram-999gram =RM1,000,000.00-RM5,000,000.00
1000gram- ke atas =RM6,000,000.00- RM50,000,000.00

Dipercayai senarai harga ini hanyalah pembuka harga kepada si penjual tokek. Jika senarai ini hanya pembuka harga, sudah tentu harga sebenar tokek di dalam pasaran jauh lebih tinggi daripada senarai tersebut.
-Jadi, jual tokek anda selagi tokek masi laku di pasaran. Jangan tunggu sehingga tokek tersebut mati... hehehe

Apa bagusnya tokek ni? siri 2


Apa yang bagusnya Tokek ni? siri 2

| |

Tokek 64 kilogram diragui dan mustahil 


KUALA LUMPUR - Seorang pakar hidupan liar melahirkan keraguan terhadap kesahihan saiz sebenar cicak gergasi seperti yang ditemui oleh seorang belia di Kalabakan, Sabah kerana spesies cicak tersebut tidak mungkin akan mencapai berat sehingga 64 kilogram.

Menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma, adalah mustahil untuk seekor cicak hutan atau nama saintifiknya Gecko boleh membesar sehingga mencapai berat tersebut.

"Selalunya spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter. Rupanya sama seperti Gecko tapi memang mustahil malah tidak tergolong langsung dalam keluarga biawak," katanya ketika dihubungi untuk mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai penemuan cicak gergasi di Sabah.

Malah beliau membuat andaian terdapat kemungkinan gambar tersebut tidak asli dan telah diubahsuai supaya menjadi lebih besar.

"Jika benar ia mungkin adalah spesies yang aneh tetapi pada saya ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul di sini," ujar beliau.

Membunuh kerana tokek

Tokek menjadi punca pembunuhan di Kg. Bumiputera(Jalan Silam) Lahad Datu, Sabah. Hasil daripada siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas pembunuh tersebut. Mangsa pembunuhan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediaman mereka. Dipercayai mangsa telah di pukul dengan objek tumpul di kepala dan mati ditempat kejadian. Mangsa adalah sala seorang daripada menjalankan urasan penjualan tokek bersama dua lagi individu lain dan dipercayai mangsa berusia 37 tahun itu dibunuh untuk mengurangkan kerugian sewaktu pembahagian hasil jualan tokek.
Macam macam boleh terjadi dengan bisnes tokek ini. Oleh itu saya meminta agar sesiapa yang mempunyai tokek ataupun melakukan urusan jual beli tokek ini melakukannya dengan berhati-hati. Yang paling penting jangan melakukan urusniaga ditempat yang boleh mendatangkan bahaya. Lakukan urusan itu di kawasan yang selamat.

Harga tokek pada May 2010 :
220gram =RM2,300.00
300gram =RM100,000.00
400gram =RM180,000.00
500gram =RM500,000.00
600gram =RM600,000.00
800gram =RM800,000.00
1000gram =RM1,200,000.00

Tokek sensitif / cerewet ?

Jual beli tokek dan penjagaan. Salah satunya adalah berat badan tokek yang menyusut ketika sampai di timbangan. Hal itu disebabkan karena si tokek stress semasa di tangkap atau terpicit dengan tangan. Stress boleh membuat tokek terkena DiareMania .. hehe ..
Hal ini kadang menjadi perdebatan antara pembeli dan penjual. Apa lagi penjual merasa yakin dengan berat tokek ssemasa di timbangnya dirumah, lalu berubah saat ditimbang ulang memakai timbangan digital.
Hal yang patut di perhatikan semasa dan setelah menangkap tokek :

  • -Jangan menangkap tokek dengan tangan seperti kita menangkap kucing atau ayam , karena bila badan tokek terpicit, dan bakal stress dan seterusnya susut berat badannya.
  • -Simpan Tokek di dalam kawasan yang berudara tetapi gelap, berikan makanan, seperti udang kering, cengkerik, lipas atau lainnya. Tidak di sarankan memberi tokek sepiring pizza, makaroni, ayam kfc... di khuatiri tokek itu akan menjadi manja... =P
  • -Biarkan tokek beradaptasi dengan sangkar / kandang barunya. Tidak perlu melengkapi kandang tokek dengan home theater , tv widescreen, atau playstation.
  • Jangan menggoncang sangkar / kandang tokek, apalagi mengajak tokek bermain playstation...
Semoga tokek anda cepat membesar dan sihat.

Apa bagusnya Tokek ni? siri 1 


Moh belajar bahasa orang Raub

| |

Assalammualaikum..ni keh nak ajor deme serba sedikit bahasa orang Raub..jangan deme tercengang bila datang Raub dengor orang Raub cakap lorat-lorat ni.

Deme = panggilan melibatkan ramai orang
ayat : " deme nok gi mane ramai-ramai ni weh? "


Oak = awak
ayat : " oak nak gi mane weh tergoco-gocoh sangat ni? "


Tergoco-gocoh = kelam kabut
ayat : " oak nak gi mane weh tergoco-gocoh sangat ni? "


Keh = saya
ayat : " oh Siti..keh benor-benor jatuh cinta ngan oak "


Kaweh = saya  
ayat : " oh Siti..kaweh benor-benor jatuh cinta ngan oak "

Cengkelik = lemas
ayat : "keh nak air, cengkelik keh neh" 


Kerayan = cuak
ayat : "lah auk ... kerayan keh"



Gebar = selimut
ayat : " weh..ngape gebor deme nie koyak? "


Bepalih, ada yang sebut pepalih = Tak mudah
ayat : " amboi..bepalih deme melaram weh..macam Saloma. "

Meraban = merepek
ayat : " oak jangan dilayan orang gila tu..cakap meraban jer. "


Belanor = melimpah.
ayat : " weh deme dahlah bubuh kuah tu..belanor dah kawek tengok. "


Pedaaoh = menipu
ayat : " ape? aok nampak Ultraman gi surau tadi? pedaaoh yang amat.. "


Babir = degil
ayat : " aku suruh oak belajar, oak gi main pulok..babir yang amat.. "


Berkelinchak (ada dengung sikit) - maksudnya busy gile buat keje masa kenduri contohnye
ayat :   lepas puas berkelinchak masa kenduri, maka saya tido dengan nyenyaknye


Ni lah serba sedikit bahasa Raub yang saya ingat..nanti kalau ada lagi saya akan masukkan. Selamat belajar bahasa Raub Weh..


Facebook Percuma dengan Digi!

| |

Cubalah sendiri

Assalammualaikum..haaa... ini aku dapat lagi tutorial macam mana nak masuk facebook free menggunakan perkhidmatan DIGI..mehlah cuba weh.

 

untuk memudahkan anda memahami macam mana nak setting..maka aku sertakan juga gambar serba sedikit.


1. Pastikan korang ada handphone aka telefon bimbit yang boleh melayari laman web. Taipkan alamat http://0.facebook.com , yang ‘0′ tu adalah nombor ‘kosong’ dan bukannya huruf ‘o’ untuk otak. Tak ada ‘www’ okes!
2. Bila keluar pilihan, pastikan korang pilih “Digi GPRS WAP“, dan jangan guna pilihan biasa yang diginet tu… kerana dikhuatiri korang akan terpaksa membayar.
3. Tahniah ! Sure lepas tu akan keluar laman facebook. Masukkanlah butir2 korang. Selamat berfesbuk si MukaBuku!
Senang bukan? Mengikut khabar dari gunung… eh.. dari sumber2, benda alah ni dah start dari Jun ari tu. Tapi apasal aku tak tau aaa? aisehmen… terlambat aku ni tau. Oh ya ! dengan facebook yang percuma dengan digi ni,anda semua tak boleh tengok gambar, hanya boleh baca tulisan sahaja..tak ape lah wehh..dapat jugak baca massage

 

Ok lah, selamat mencuba.

gambar dan artikel diambil dari blog budak hutan. Artikel aku ubah sedikit.


Internet free menggunakan handphone.

| |

Guna facebook secara percuma dengan telefon

Assalammualaikum..haaa..nie saya nak kongsi dengan semua perkara baik. Ni saya nak tanya..selalunya kalau kita on internet guna handphone, syarikat telekomunikasi dia cas berapa? kalau tak silap saya satu page diorang cas 20 sen, betul tak? jadi hari nie saya nak kongsi dengan anda semua bagaimana caranya kita hendak online internet, nak masuk facebook, blog, youtube, dan macam-macam lagi secara percuma. Tapi bagaimana caranya? baiklah untuk mendapatkan internet secara percuma melalui handphone, anda boleh cuba cara-cara dibawah. 

Perhatian : tutorial ini hanya untuk pengguna Maxis/hotlink sahaja ya. Untuk yang menggunakan perkhidmatan lain, tak dapat dikesan bagaimana caranya.

Okay first skali. Pastikan yang telefon anda sekalian memang berkemampuan untuk melayari internet walaupun tiada wifi. Tolong faham sendiri lah ya. jangan lah nak cakap nokia 3310 pun boleh layari internet. Memang kena campak longkang nanti.

Tapi sebelum tu, kalau korang nak ubah setting ni, selepas ni korang tak boleh guna servis mms yang ada. Sebab apa, nabel tak tahu. Memang xboleh nak guna mms. ala macam la setiap bulan tu ada sekali guna mms ? setahun sekali je kot. time raya. keke ;p

okay, jom ketahui cara dia.

Settingkan penggunaan internet , gprs, mms dan yang sama waktu dengannya dengan cara dail *100# / pilih menu internet dan tatapan (7) , kemudian pilih tatapan (2), dan menu untuk tatapan dan pengaktifan gprs. Aktifkan dua-dua. Untuk menu pertama, dia akan tanya telefon jenis apa korang guna, so kalau betul apa pihak maxis teka. Tekan je lah betul okay.

Dan apabila korang dapat message dari hotlink atau mana-mana nombor minta kebenaran untuk install, install sahaja setting tu untuk guna internet. kalau belum buatlah.

Jadi, bila dah install semua tu, sekarang download software opera mini, (mobile) sesuai dengna jenis telefon yang anda sekalian guna. Macam nabel guna sony ericsson w890i. so download guna mobile je sebenarnya, kena charge kurang rm5. (saket hati gak time tuh) haha kalau korang nak jimat, download lah guna pc, kemudian transfer ke telefon korang. tapi nabel pun bijak macam korang, time nak install apps opera tu terus tersangkut. dia kata apa tak tahu. so nabel terpaksa lah bayar untuk dapat download opera mini yang konon ORI, at last dapat jugak install apps tu. Cari apps anda di sini | opera mini

Okay, bila dah install opera mini tu, jangan terus guna. Memanglah kena charge jugak oleh maxis, korang kena buat setting lagi sekali. Dail lagi *100# tu, pilih internet dan tetapan lagi sekali (7), kemudian pilih prepaid broadband (3), pilih service switching (4), pilih Switch to prepaid broadband , dan kemudian proceed. Dalam masa beberapa saat, anda akan terima sms mengesahkan pilihan anda itu.

Adengar buat setting semua ni lebih sejam jugak baru dapat guna free internet mobile ni. sebab nabel ada dapat message, dia kata proses ni ambil masa 2 jam. So kalau korang-korang buat tak jadi, jangan tension plak..korang tunggu jerlah..ok.

SELAMAT MENCUBA
 


Ibu Vs Kekasih

| |

Ibu Vs Kekasih
 

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
Ingatlah pengorbanan Ibu....


Sejarah permulaan Raub

| Sunday, September 26, 2010 |


Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).
Latar Belakang Raub
Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.
Latar Belakang Raub
Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".

Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".


Moh oak dengar lagu - lagu orang Pahang.

| |






















Untuk pengetahuan lagu-lagu ini saya ambil dari Youtube Anakmelayu1988, terima kasih saya ucapkan kepada beliau. Nanti ada masa saya akan buat video sendiri. Terima kasih.


Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers