Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Kisah Kambing orang Raub

| Saturday, October 16, 2010 |

Seorang gembala di Raub sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda yang merupakan salah seorang pelajar dari sebuah universiti. Pemuda tersebut tertarik dengan biri-biri yang banyak dan cantik tersebut. Beliau menghampiri gembala tersebut lalu mengajukan pertanyaan pada gembala tersebut :

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri pak cik?. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"

Gembala : "Ah, tanyer la koi takder hae.."

Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"

Gembala : "Hok mane, hok putih ke hok itang?"

Pemuda : "Yang putih"

Gembala :"Ah, hok putih te berjalan dalang enam batu sari"

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Hok itang pun same la dia bejalan skali ah awok"

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"

Gembala : "Hok mane, hok putih ker hok itang?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Aaa, hok putih ter kuat mentedaroh, sari dalang 20 ikat rumpuit."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Hok itang ter same jugek."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

Gembala : "Hok mane, putih ker itang?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Aaa...yg dah lepas2 hok putih ter dekat2 6 kati bulu..."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Hok itang ter same la jugek ah awok ni, sokmo nanyer bende pelek2."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa pak cik membezakan biri-biri pak cik yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja !!"

Gembala :"Aikk, maroh? Memang la mende nyer hok putih ter hok koi..."

Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, habis tu yang hitam tu pulak siapa punya?"

Gembala : "Hok itang ter koi punyer jugek...hehehe"

Pemuda ..: (Dalam hati) Nasib baik la aok tua pak cik.. kala aok ni baya-baya keh mboh beletaih daie aok ni...



Bukit Fraser

| |

Bukit Fraser (Fraser Hill)



Bukit Fraser

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.

Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.

Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti ketika berada di Bukit Fraser. Antaranya, bermain golf di padang golf 9-lubang di Kelab Golf DiRaja Bukti Fraser atau padang golf 18-lubang di Fraser's Hill Golf & Country Club.

Selain itu, anda boleh pergi memancing dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau yang sungguh sejuk dan nyaman.


Tips
Seboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda apat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam yang amat indah.

Pengangkutan
● Kereta
Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat.
● Bas
Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser. 
 


Sekolah Kebangsaan Ulu Gali

| Thursday, October 14, 2010 |

Kongsi cerita tentang Sekolah Kebangsaan Ulu Gali

Alkisahnya aku dulu sekolah kat sini jugak, aku dah tak ingat dah cikgu yang mengajar aku dulu, cuma yang aku ingat  Cikgu Mat dan Ustazah Zainab je..itupun sebab Ustazah Zainab duduk tak jauh dari rumah aku. Kalau ada cikgu-cikgu yang masih ingat kat saya..apa salahnya kirim berita. Guru penyuluh hidup, tanpa mereka kita tak mungkin akan berjaya seperti sekarang. Heran..macam mana budak sekarang tak boleh nak hormat guru.







Jom borak pasal Sekolah Kebangsaan Ulu Gali






Siapa-siapa yang ada bahan best pasal sekolah nie..bolehlah inform kast saya. Terima kasih.

Facebook Group Sekolah Kebangsaan Ulu Gali


Sekolah Menengah Seri Raub

| |

Kongsi cerita tentang Sekolah Menengah Seri Raub



Kadet Seri 
Jom borak pasal Sekolah Menengah Seri Raub





Facebook group Sekolah Menengah Seri Raub


Sekolah Menengah Agama Dong

| |

Mari kongsi cerita tentang Sekolah Menengah Agama Dong


Jom borak-borak pasal Sekolah Menengah Agama Dong




Maaf..saya tak banyak informasi dan gambar tentang Sekolah Menengah Agama Dong..kalau ada certamenarik atau pun gambar berkenaan sekolah ini..silalah informkan kepada saya. Terima kasih


Sekolah Menengah Tengku Kudin

| |

Kongsi cerita tentang Sekolah Menengah Tengku Kudin


Guru-Guru Bertugas pada tahun 1978

Jom kita borak-borak pasal Sekolah Menengah Tengku Kudin




Sesiapa yang ada bahan dan gambar tentang Sekolah Menengah Tengku Kudin, Bolehlah inform kepada saya. Terima Kasih



Sekolah Menengah Mahmud Raub

| |

Wahai budak-budak Sekolah Menengah Mahmud, Jom ramai-ramai kita berkongsi cerita tentang pengalaman kita semasa di sekolah ini.



Gambar pelajar SMMR tahun 1978. Aku pun tak lahir lagi tahun ini. Gambar ni aku ambil daripada Facebook Abang Adnan. Mungkin sekarang umur abang ni dah 50 lebih.







Jom borak-borak pasal Sekolah Menengah Mahmud




 Jika sesiapa ada bahan dan gambar menarik tentang Sekolah Menengah Mahmud nie,.inform lah sikit kat saya. Terima Kasih.




Band muzik orang Raub

| Monday, October 11, 2010 |

Band Nada Warisan



Baru-baru nie 10 / 10 / 2010 aku ada balik kampung pasal sepupu kawin, semua orang berebut nak kawin 10 / 10 ni...pasal tarikh keramat kata orang...tapi ni bukan aku nak cerita pasal orang kawin..tapi aku nak cerita pasal satu band muzik yang main masa majlis kawin tu. Band ni nama dia NADA WARISAN, diasaskan oleh seorang otai muzik namanya Abang Ghani serta anak-anaknya.



Untuk pengetahuan semua..band ni memang pro..diorang dah jelajah seluruh Raub, malah luar dari Raub pun ada menjemput band ni. cakap jelah lagu apa nak semua diorang tau main, lagu asli, lagu joget, lagu 60'an, rock, slow rock, semua diorang boleh main..



Kalau anda nak dapatkan khidmat dari band ni..apa lagi..hubungilah band ni di talian yang tertera dibawah..


Tel Rumah : 093688121 /  H/p 0145440464 (Aidil/Ghani)

P/S : Buat masa ni..pengiklanan adalah percuma..kalau dah maju sikit blog ni..mungkin bayaran akan dikenakan..tak mahal pun..mungkin Rm 5 - 10 sebulan je... apa salahnya kita tolong-menolong.


Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers