Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Klik-klik Raub

| Friday, November 26, 2010 |

 Round-round satu Raub

Assalammualaikum...Baru-baru ni balik Raub..cuti Raya Haji dapatlah 3 hari 1/2, Kampung aku Kampung Ulu Gali buat korban 11 ekor lembu..aku adalah juga tolong-tolong sikit..yang banyaknya tolong tengok haha.. Jadi alang-alang dah balik kampung nie..aku pergi lah jumpa member kamcing kat Raub, sapa lagi kalau bukan Hapiz... Jadi kitorang pun jalan-jalan lah round satu Raub, jalan-jalan sambil ambil gambar. Jadi satu petang jugaklah kitorang jalan ambil gambar ni.. jadi ni aku nak kongsi gambar-gambar yang aku ambil hari tu...
                           Selamat datang ke Raub                                     Gambar Aku

                                   Gambar Hafiz                                 Lembaga Hasil Dalam Negeri

                            UITM cawangan Raub                                   Sekolah Aku dulu

                                       Bergambar di papan tanda peta dan sejarah Raub

                                      IPD Baru                                                    IPD Lama

                        Mahkamah Raub atas bukit                         Stesen Teksi Berwajah baru

                          Lepak kat stesen bas lama                                 Lepak atas bukit

                      Gambar Taman rehat atas bukit             Mendekatkan diri dengan masjid baru

Banyak lagi gambar yang aku ambil hari tu..nanti aku masukkan dalam klik-klik siri 2


TV1 online

| |

Jom menonton TV




Selamat menonton, semoga terhibur


TV2 online

| |

Jom tengok TV




Selamat menonton..semoga anda terhibur


TV3 Online

| |

Jom tengok TV

Aku saja je masukkan TV Online ni..sebab ada diantara pengunjung dalam blog ni nak Online sambil tengok TV. Jadi aku masukkanlah TV3 ni..nanti siaran-siaran TV lain akan aku masukkan kemudian. Semoga anda terhibur.



Kalau ada cadangan bolehlah berkongsi dengan saya.


Sekolah Kebangsaan Bandar Raub

| Thursday, November 25, 2010 |

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bandar Raub


Sekolah Kebangsaan Bandar Raub telah dibuka pada tahun 1902 dan pada masa itu ia dikenali dengan nama Sekolah Melayu Raub. Sekolah ini dibuka bagi menampung pelajar Melayu yang datang dari Bandar Raub, Kampung Melayu Sempalit dan anak-anak pegawai berbangsa Melayu yang bertugas di Bandar Raub. 
      Guru Besar pertama yang mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini ialah Tuan Haji Abdul Jamil. Beliau berkhidmat selama lima tahun dari tahun 1902 hingga tahun 1906. Dari mula sekolah ini dibuka, ia telah menjalankan aktivitinya mengikut perancangan pihak pentadbiran dan pengurusannya dengan lancar dan berkesan sehinggalah pada tahun 1945 di mana kehadiran Tentera Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan sekolah ini ditutup buat sementara waktu.

      Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1946 di mana Tuan Haji Mohd Tahar b Ayat, PJK telah dilantik sebagai Guru Besar dan beliau telah menabur bakti selama sembilan tahun         ( 1946 - 1954 ). Pada tahun 1954, Sekolah Melayu Raub telah mendapat bangunan tambahan apabila Sekolah Inggeris Mahmud berpindah ke Jalan Tras. Pada tahun 1957 nama Sekolah Kebangsaan Melayu Raub telah ditukarkan kepada Sekolah Umum Raub, kemudian pada tahun 1959 nama Sekolah Umum Raub telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Raub. Akhirnya pada tahun 1994 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Raub dan kekal  sehingga kini. Sepanjang usia sekolah ini, seramai 24 orang Guru Besar telah menabur khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai harganya.un

      Pada tahun 1994, Encik Osman b Haji Ibrahim telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini. Di bawah pengurusan beliau, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dan hasrat warga sekolah yang ingin menjadikan sekolah sebagai satu sesi maka bangunan empat tingkat telah dibina pada tahun 2002. Bangunan baru ini menyediakan sebanyak 20 buah bilik darjah dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Dato' Seri Hishamuddin b Tun Hussein sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke 100 tahun penubuhan Sekolah Kebangsaan Bandar Raub pada 15 April 2005.

      Pada bulan April 2008, Puan Norhasimah bt Mohamed telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bandar Raub sebagai menggantikan tempat Encik Osman b Ibrahim yang telah bertukar ke SK. Gali. Di bawah pengurusan beliau, prestasi sekolah semakin meningkat dan pencapaian UPSR semakin cemerlang.

    




 


Sek. Men Agama Al-Falah Bt. Talam

| |

Jom borak pasal sekolah ini





Maaf tiada cerita atau maklumat pasal sekolah ini. Kalau ada cerita pasal sekolah ini, bolehlah berkongsi dengan saya.



Sekolah Menengah Chung Ching

| |





Venue: SMK Chung Ching
Location: Raub, Pahang
Time: 9.00am to 1.00pm

 
Type: National Type Secondary School (SMJK)
Total Student Number:474
Form 5: 237 (Science: 73, Art: 67, Commerce: 74, Mata Pelajaran Vokasional: 20)
Form 4: 237 (Science: 69, Art: 70, Commerce: 78, Mata Pelajaran Vokasional: 20)

Principal: Mr. Chong Koo Liong
Counselor: Mr. Chow Kwong Meng
Contact No.: 09-3501120

Hall Condition: Open Air with Fan
Car Park: Limited inside School



Sek. Men Methodist Raub

| |

Jom borak pasal sekolah ini







Maaf.. kisah sekolah ini tak dapat dicari. Sekiranya anda mempunyai cerita pasal sekolah ni..bolehlah berkongsi dengan saya.


Transformasi Banner Blog

| Wednesday, November 24, 2010 |

Hari makin hari aku makin jemu nak tengok banner blog ni, jadi hari ni aku cadang nak tukar banner nie.


Dan hasil daripada pembikinan semula banner ni, jadi inilah hasilnya.


Banner ni saja je aku buat warna hitam putih.. nampak klasik sikit.

Diedit pada : 25 November 2010.


Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers