Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Lawak pak imam kampungku

| Tuesday, November 2, 2010 |

Jenaka ini hanyalah gurauan..Jangan marah ye pak imam.

Pak imam ni bapak sedara aku. Dia imam Kampung Ulu Gali. Namanya Ustaz Salam


Sekolah Menengah Kebangsaan Dong

| |

Jom kongsi cerita pasal Sekolah Menengah Kebangsaan Dong




Maaflah semua, tiada info pasal sekolah ini. Jika ada sesiapa yang mempunyai info pasal sekolah ni, bolehlah berkongsi dengan saya.

Jom borak-borak pasal SMK Dong


Sekolah Menengah Sungai Ruan

| Monday, November 1, 2010 |

Jom kongsi cerita tentang SMK Sungai Ruan.



Sejarah SMK Sungai Ruan
SMK Sungai Ruan terletak di dalam kawasan Kampung Baru Sungai Ruan.  Pada awalnya kampung ini hanya mempunyai sebuah sekolah rendah sahaja.  Sekolah ini pada awalnya menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaa (C) Sungai Ruan dari awal tahun 1965 akhir tahun 1968 apabila bangunan SMK Sunagi Ruan siap dibina.  Pada awal tahun 1969, pihak sekolah telah menduduki sekolah barunya secara rasmi.


Pengetua SMK Sungai Ruan yang pertama ialah En. Leong Weng Kee yang mula bertugas pada awal tahun 1965.  Jumlah pelajar pada masa ini ialah seramai 58 orang yang menumpang di kelas sekolah rendah.

Pengetua kedua pula ialah En. Chang Kong Ming yang mula bertugas pada awal tahun 1966.  Jumlah kelas pada masa ini ialah empat kelas iaitu dua kelas Tingkatan Satu dan dua kelas Tingkatan Peralihan.

Pada tahun 1967, sekolah ini mempunyai lima kelas dengan jumlah pelajar seramai 162 orang.  Ini termasuk dua kelas Tingkatan Peralihan,  dua kelas Tingkatan Satu dan satu kelas Tingkatan dua.  Pada tahun ini juga sesi petang telah dijalankan kerana masalah kekurangan bilik darjah.

Sekitar akhir tahun 1968,  bangunan sendiri SMK Sungai Ruan telah siap dibina dan telah diduduki secara rasmi pada awal tahun 1969.  Bangunan sekolah ini mempunyai enam buah kelas,  sebuah pejabat pengetua,  bilik guru,  makmal sains dan dua bilik sains rumah tangga serta sebuah kantin.

Pada awal tahun 1970,  bilangan pelajar telah meningkat kepada 240 orang denga tujuh kelas.  Pada tahun 1971,  jumlah murid meningkat kepada 255 orang dengan lapan kelas.  Pada tahun 1970 sebuah padang untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah telah diadakan.  Padang sekolah ini telah digunakan secara rasmi pada tahun 1972.  Pada tahun 1974,  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dan diketuai oleh  En. Low Hoy.

Pada tahun 1975,  jumlah pelajar bertambah kepada 491 orang dengan jumlah kelas sebanyak 13 buah.  Sekolah ini telah mendapat tambahan bangunan baru disebabkan masalah kekurangan bilik darjah yang berlaku.  Bangunan tambahan tersebut telah siap dibina pada akhir tahun 1975.  Bangunan tambahan ini mempunyai enam bilik darjah,  dua makmal dan sebuah perpustakaan serta bilik setor.

Pada Julai 1977,  Pengetua,  En. Chang Kong Ming ditukarkan ke sekolah M.G.S setelah berkhidmat selama sebelas setengah tahun.  Beliau telah digantikan oleh En. Prasad,  namun beliau telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Clifford,  Kuala Lipis pada akhir tahun tersebut.

En. Teoh Chiang Choo,  telah mengambil alih jawatan pengetua pada awal tahun 1978 sehinggalah tahun 1981.  Pada tahun 1982,  En. Chen Tong telah memegang jawatan pengetua.  Pada masa ini jumlah pelajar adalah seramai 847 orang dengan 26 kelas.  Pada masa ini juga,  Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Ruan telah dipindahkan ke bangunan baru.  Pihak sekolah telah menjadikan bangunan lama yang pernah diduduki oleh pelajar-pelajar sekolah rendahsebagai perpustakaan.

Pada pertengahan tahun 1982,  pengetua,  En. Teo Chiang Choo telah melanjutkan pelajaran ke UPM.  Oleh itu En. Chen Tong telah dilantik sebagai pengetua yang baru sehingga tahun 1992.

Pada bulan Mac 1993,  En. Fan Nong Shin memulakan tugas sebagai pengetua baru.  Beliau bertugas di sekolah ini sehingga tahun 1994.  Pada tahun 1995,  En. Liew Kim Choon telah mengambil alih jawatan pengetua sehingga tahun 1998.  Jawatan ini kemudiannya telah diambil alih oleh En. Ng Mong Lim sehingga tahun 1999.  Pada tahun 2000 E. Yeong Pak Foo telah memegang jawatan tersebut sehingga tahun 2001.  En. Chong Khoon Khen telah memangku jawatan pengetua pada tahun 2001 hingga 2002.  Akhirnya pada tahun 2003,  sekolah ini sekali lagi menerima        En. Liew Kim Choon sebagai pengetua dan ini merupakan kali kedua beliau berkhidmat di sekolah ini.  Beliau masih lagi menyandang jawatan pengetua sehingga kini.

Pada tahun 1996,  kelas-kelas Tingkatan 4 telah diwujudkan.  Untuk permulaan,  hanya sebuah kelas aliran sains dan dua buah aliran sastera diwujudkan.  Bilangan guru juga telah bertambah kepada 45 orang.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pertama telah bermula di sekolah ini pada tahun 1997 dengan pencapaian 25 orang pelajar telah mendapat gred 1 dan 18 orang pelajar lagi memperolehi gred 2.  Leong Choi Har telah menjadi pelajar terbaik SPM pada tahun tersebut dengan mendapat 7A dengan 7 agregat.

Kewujudan kelas Tingkatan 4 dan 5 dan pertambahan pelajar,  sekolah ini telah dinaikkan gred dari sekolah gred B kepada sekolah gred A.  Jawatan pengetua dinaikkan taraf kepada PPP Siswazah DG2.

Pada tahun 1996,  sekolah ini telah menerima bangunan tambahan iaitu 3 makmal sains tulen,  2 bengkel Kemahiran Hidup dan 4 bilik darjah.  Selaras dengan perkembangan ICT,  pada tahun 2002,  sebuah bangunan baru yang menempatkan 2 buah makmal komputer telah dibina.

Pada tahun 2003,  perpustakaan sekolah telah dinaik taraf dan dipasang hawa dingin.  Laintai perpustakaan juga telah dipasang jubin.  Perpustakaan ini beroperasi pada setiap hari persekolahan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari,  dan dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang.

Pada tahun 2004,  ruang makan kantin telah ditambah.  Kantin makanan Islam juga telah dibina untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan kakitangan Islam.

Pada bulan Ogos 2004,  bilik guru telah dipasang hawa dingin bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa .

Selain itu juga Koperasi SMKSR Berhad telah ditubuhkan pada awal tahun 2004.  Koperasi sekolah ini telah beroperasi sehingga kini dengan menyediakan 2 sesi penjualan,  iaitu pada waktu rehat pertama dan kedua setiap hari persekolahan.

Pada bulan Jun 2005,  surau sekolah telah dinaik taraf.  Keluasan surau tersebut telah ditambah dan pemasangan jubin telah dijalankan.

Bilangan Pengetua     Tahun
Leong Weng Kee 1965 - 1966
Chang Kong Ming 1966 - 1967
Prasad 1977 - 1977
Teo Chiang Choo 1978 - 1982
Chen Thong 1982 - 1992
Fan Nong Shin 1993 - 1994
Liew Kim Choon 1995 - 1998
Ng Mong Lim 1988 - 1999
Yeong Pak Foo 2000 - 2001
Chong Khoon Khen (Pemangku) 2001 - 2002
Liew Kim Choon 2003 - hingga sekarang

Mari kita borak-borak pasal SMK Sungai Ruan 




Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah

| Sunday, October 31, 2010 |

SEMESTA telah dibina di sebuah kawasan di Kampung Pintu Padang, yang suatu ketika dahulu dibuka oleh Panglima Tugu, ayahanda kepada En. Othman
Shahbudin, Ketua Kampung Pintu Padang pada ketika itu. Nama Pintu Padang tercetus apabila kawasan tinggalan British dibiarkan ketandusan seolah-olah sebuah padang yang luas.

SEMESTA mula dibina pada awal 1981 dan telah siap sepenuhnya pada penghujung Oktober tahun berikutnya. Ini bermakna proses pembinaan bangunan SEMESTA mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan. Kemasukan pelajar pertama dibuat dua bulan sejurus sekolah ini siap dibina. Kumpulan perintis sekolah ini terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang mendaftar pada awal tahun 1983.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan merupakan sebuah
Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah
Menengah Sains Raub atau nama singkatannya SEMESRA namun kemudian telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah(SEMESTA), sempena nama Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah pada hari perasmian sekolah bertarikh 4 Julai 1989.

SEMESTA telah mengharungi pelbagai pembangunan fizikal sepanjang 25 tahun pembinaannya. Antara kemudahan yang terdapat di SEMESTA ialah surau, astaka, gimnasium, dewan besar, dewan makan dan laluan berbumbung. Sempena Sambutan Jubli Perak ini, SEMESTA bakal mendapat sebuah dewan baru yang disumbangkan oleh PIBG SEMESTA. Majlis pecah tanah akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah.

Kawasan yang dulunya lapang dan tandus, kini telah diserikan dengan tanaman rendang yang menghijau dan bunga-bungaan untuk mengindahkan lagi kawasan sekolah. SEMESTA terus berubah selaras dengan perubahan masa dan keadaan sekeliling yang sentiasa mencabar. Dengan pelbagai usaha yang telah, sedang dan bakal dirintis, SEMESTA pasti berupaya merealisasikan visi dan misinya untuk mencapai kegemilangan. 
 

lirik lagu sekolah

Inilah sekolah yang tercinta
SEMESTA itulah namanya
Mendidik dan membina anak-anak negara
Mencapai segala cita-cita

Kepada para guru semua
Jasamu tiada tandingnya
Bekerja dan berusaha tidak mengira masa
Demi masa depan kita

Berilmu Beramal Berbudi setiap masa
Pada Rukun negara kami akan setia
Oh, Tuhan yang Maha Kuasa
Jayakan lah kami semua
Selamat dan sentosa sihat setiap masa
Berjaya SEMESTA Berjaya


Jom Borak-borak pasal SEMESTA




Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers