Blog Untuk Anak-anak Raub

Assalammualaikum semua..blog nie saya buat untuk semua anak-anak Raub walaupun dimana anda berada..ingatlah bahawa kita asal dari Raub. Lorat kita lorat Raub, makanan kita makanan raub..gulai tempoyak, gulai asamrong dan sambal belimbing hitam makanan popular orang Raub..Jadi kalau anda orang Raub, kalau ada cerita pasal Raub dari dulu hingga sekarang..moh lah kita kongsi cerita dalam nie. Apa-apa pun hidup semua anak-anak Raub. Moh kita bangkit untuk memperkenalkan Raub dimata dunia. Wassalam.

Pulau Chekas

| Saturday, October 30, 2010 |

Moh ke Pulau Chekas Lata Jarum

Assalammualaikum..rodong-rodong semua..

Nih kaweh nok cite sikit pasal pusat perkelahan paling fames sekali kat Raub nie.. kalu sebut je semua orang Raub tau..mada idoknye..situlah tempat deme rehat-rehat bawok anak bini, boyfrend bawok girlfriend, cikgu bawok anak murid, tempat orang buat rombongan, berkhemah, motivasi dan macam-macam lagilah. tempat nie dari bandar Raub doklah jauh sangat dalam 20km jer..terletaknya disebuah mukim yang bernama Ulu Dong. Tempat dia memang indah dan nyaman..air terjun dia memang sejuk gila, tapi memang syoklah duk lepak-lepak kat sini. Kalau datang tue tak payahlah duk punggah makanan banyak-banyak, pasal kat sini gerai jualan makanan macam cendawan tumbuh..cakap jer nak makan apa...adalah diorang jual tu

Lata Jarum Video
Sumber video diambil dari Mahaguru58. Terimakasih Mahaguru58


Apa bezanya Pulau Chekas ngan Lata Jarum? haaa... Pulau Chekas nie dia macam pulau sikit, pasal kedudukannya betul-betul berada di tengah-tengah sungai yang mengalir, kat sini airnya taklah dalam sangat dan memang sesuailah kalau nak bawak anak-anak main kat sini..disini juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas dan surau..terdapat juga kemudahan padang mini, gelungsur air, serta seba sedikit taman permainan kanak-kanak.

Pulau Chekas Video
Sumber video daripada Arraubiah Terima kasih Arraubiah

Kalau nak tahu, Lata Jarum pula kedudukannya atas sedikit daripada Pulau Chekas, tempat nie memang top jugak pasal disini terdapatnya air terjun yang bleh tahan lah tingginya, dan air kat sini agak dalam dan tak berapa sesuai untuk kanak-kanak..tapi nak mandi boleh jugak..pilihlah tempat yang tak dalam...kemudahan disini sama juga macam kat Pulau Chekas tadi..Apa pun cerita banyak tak guna..nak tau datanglah sendiri kat sini..baru bleh tau kenikmatannya..lagi elok kalau nak datang, datanglah pada musim buah..memang banyak buah yang anda boleh bawak balik..terutamanya durian..bodek-bodeklah orang kat sana..mana tau dapat free..jangan risau..orang Raub semuanya baik-baik dan pemurah...



Apa-apapun jumpa disana ya?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen blog ini

Anda pengunjung ke :

Tinggalkan Links Anda

Pengunjung hari ini.

Followers